About Me

My photo
Kerubung, Malacca, Malaysia
Nama gua apez..korg bleh pgil apez ar.. ape agi kan...dlm blog ni gua sajer jer nak kompol semua idea2 pelik ataas bumi yg fana nih utk dikongsi bersama korg..klu ader per yg korg nak luahkan..komentan jer gua jgn malu-malu ok...hope korg enjoy ar bersama topik2 yg gua akan tulis nih...hahahhaa....

Friday, February 27, 2009

.::IBU::.

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Thursday, February 26, 2009

.::RM20??byk nilai nye tu::.

Seorang bapa pulang ke rumah pada lewat malam dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang baru berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah...

Anak : Ayah...ayah…boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah : Hmmm...nak tanya apa?
Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking...
Anak : Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah : 20 ringgit sejam…Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya.
Anak : Oh…20 ringgit… Amin menundukkan mukanya.
Anak : Ayah…boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi !? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya… Sudah! pergi masuk bilik… tidur! Dah pukul berapa nih...!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sehingga 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya, didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah… ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyak ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping wang 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit tu?" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan... "Duit ini Amin kumpul dari wang belanja sekolah Amin yang ayah bagi tiap-tiap hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa?" Jerkah ayahnya lagi. "Ayah... sekarang Amin dah ada 20 ringgit. Nah,ayah ambil duit ni… Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu...Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya, sambil memulangkan wang 20 ringgit kepada ayahnya…

Moral yang boleh diambil daripada cerita ini

" Berkongsilah masa sebanyak 20 ringgit" itu bersama-sama dengan insan yang kita sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang harinyanya, yang akan bekerja esok dan lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk... Jangan biarkan masa kita berlalu dalam kesibukan dengan begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka yang begitu rapat dengan kita…yang sentiasa berada di dalam hati kita… Bayangkan, bagaimana apabila sudah bekerja, kalau kita mati… pihak syarikat akan senang-senang mencari orang lain untuk menggantikan tempat kita… Tapi...Isteri, keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang yang kita tinggalkan di dunia ini pasti akan merasa suatu kehilangan yang amat besar sepanjang hidup mereka... Fikirlah, selama ini... apakah yang kita telah buat demi keluarga kita, untuk insan yang kita sayang???

Monday, February 23, 2009

.:Mawar Khayalan:.

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasan awan
Dari duniaku yang hampa

Seluas laut yang terbentang
Dan buihnya terapung di awangan
Derita, oh dunia yang mencengkam
Cuba untuk aku bertahan

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasan awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan

Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya

Untuk haiwan di rimba
Globalisasi cuma
Jadi tuan si hamba
Ooo monarki untuk apa

Badut-badut istana
Lalalala
Oh mawar khayalan

suka suki jer mlut tu nak bckap..

Salam perpaduan buat sumer pembaca..
neway ari nih ak ader bnda yg ak x puas ati nak ckp..
hahaha..ni psl stu membe ak yg pikiran dier kolot thap hanjing nyer..
blagak mcm ak pon x tau nak describe cmner..dier msj ak smalam..
ak pon lyn ar...nm pon member lm kan..so sembang2..ak tny dier watper skunk..n caner ngan study..korg guest ar per dier ckp...b4 that..luper nak gtau..dier ni bkas budak poli..n dier ckp ar..dier da brenti poli..tpi yg ak cm bengang sgt ngan mamat nih..dier ckp ar poli yu utk org bodo.low stndard..dier kater bushan blaja sb bdak kat poli tuh bkan takat mniru..siap lec bg mniru agi..then ak ckp ar..la..lntak ar diorg nak mniru ker aper ker..suka suki diorg ar..pastu dier ngan nada blagak nyer ckp klu org bodo mmg ar suka tiru..yg x bodo?so skunk nih dier brenti psl bnda2 cmnih..ak pk blek ar..pe kejadahnyer dier wat cmtuh...so skunk nih dier nak kater yg dier 2 pndai ar..klu pndai x kan ar dier msuk poli ye x..tu stu..skunk nih pon ak x nmpk lak dier tu sbgai insan yg bjaya..hahahaha..neway puas ati ak dpt fuck dier dlm blog ak..hahahaha..pastu dok ktuk ak lagi tuh dlm site skul ak...mmg ak klu ikotkan ati ak ban jer..tpi ak nih x ar sjhat tuh kan..yg pntg ak hrp dier sdar ar..skunk nih maybe dier sng ar kan..tpi klu ko tu da xder plajaran..nak kjer aper??tol x per ak ckp nih..suka suki jer ko nak blagak cmtuh..kire first time ar ak jumper org yg cmnih..even ak nih bkan bdak poli..tpi gram ar beb..cm bgos ar...hahaha..k ar..nnt ak ader citer hngat yg trbaru..ak drop kat cnih..lastly..as a moral value..korg jgn ar jadik mamat cam lmbu nih..ok guys??
ps/ pueh ati ak...hahahahhaa..

Sunday, February 22, 2009

Buat Kaum2 ku...

JIKA ISTERI KITA SAKIT
Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.
Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.
Kita pun bertanya, "Sakit ke?"... Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta. Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya,sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.
Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.
"Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."
Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje..tengok TV pulak... sepatutnya ajaklah ke klinik... ... " Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah..nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.
Wahai para suami dan juga para lelaki yang bakal bertitlekan
suami..isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil'apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi"pening-pening-morning sickness".
Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.
TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.
Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.
Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu. Tak pun... paling tidak... letakkan kain basah kat dahinya... tanya dah makan ubat ker belum... nak dihantarkan ke kelinik ker..
Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam... dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa keklinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbaloi untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.
Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ... .." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya

Saturday, February 21, 2009


::ISLAM VS YAHUDI::
>
> Dengan sendirinya ia menyatakannya secara jelas kecuali kita gagal ‘mendengarnya’.
>
> Sebahagian isi diambil daripada ucapan Hafez A.B Mohamed, Pengarah Umum Al-Baraka Bank, Afrika Selatan.
>
> Demografi
>
> Populasi Yahudi Di Seluruh Dunia
> • 7 juta di Amerika
> • 5 juta di Asia
> • 2 juta di eropah
> • 0.1 juta di Afrika
> Keseluruhan = 14.1 juta
>
> Populasi Muslim Di Seluruh Dunia
> • 1,000 juta di Asia
> • 400 juta di Afrika
> • 44 juta di Eropah
> • 6 juta di Amerika
> Keseluruhan = 1,500 juta
>
> • Setiap 5 populasi manusia di muka bumi bermakna terdapat seorang Muslim (20%)
> • Setiap orang Hindu Terdapat dua Muslim (1:2)
> • Setiap orang Buddha Terdapat dua Muslim (1:2)
> • Setiap orang Yahudi Terdapat 107 Muslim (1:107)
> • 14 Juta Yahudi lebih berkuasa daripada keseluruhan 1,500 juta Muslim.
> Mengapa?
> Berikut adalah beberapa sebab
>
> Sejarah Pendatang Yahudi
> • Albert Einstein - Yahudi
> • Sigmund Freud - Yahudi
> • Karl Marx - Yahudi
> • Paul Samuelson - Yahudi
> • Milton Friedman - Yahudi
>
> Penemuan Perubatan
> • Vaccinating Needle - Benjamin Ruben - Yahudi
> • Polio Vaccine - Jonas Salk - Yahudi
> • Leukaemeia Drug - Gertrude elion - Yahudi
> • Hepatitis B - Baruch Blumberg - Yahudi
> • Syphilis Drug - Paul Ehrlich - Yahudi
> • Neuro Muscular - Elie Metchnikoff - Yahudi
> • Endocrinology - Andrew Schally - Yahudi
> • Cognitive Therapy - Aaron Beck - Yahudi
> • Contraceptive Pill - Gregory Pincus - Yahudi
> • Understanding Of Human eye - G. Wald - Yahudi
> • Embryology - Stanley Cohen - Yahudi
> • Kidney Dialysis - Wilem Kloffcame - Yahudi
>
> Pemenang Hadiah Nobel
> Sejak 105 tahun lepas, 14 juta Yahudi telah memenangi 180 hadiah Nobel manakala 1,500 juta Muslim hanya menang 3 Anugerah Nobel yang kesemuanya warga Mesir.
>
> Inovasi Yang Mengubah Sejarah
> • Micro-Processing Chip - Stanley Mezor - Yahudi
> • Nuclear Chain Reactor - Leo Sziland - Yahudi
> • Optical Fibre Cable - Peter Schultz - Yahudi
> • Traffic Lights - Charles Adler - Yahudi
> • Stainless Steel - Benno Strauss - Yahudi
> • Sound Movies - Isador Kisee - Yahudi
> • Telephone Microphone - Emile Berliner - Yahudi
> • Video Tape Recorder - Charles Ginsburg - Yahudi
>
> Bisnes Global Berpengaruh
> • Polo - Ralph Lauren - Yahudi
> • Coca Cola - Yahudi
> • Levi’s Jeans - Levi Strauss - Yahudi
> • Starbuck’s - Howard Schultz - Yahudi
> • Google - Sergey Brin - Yahudi
> • Dell Computers - Michael Dell - Yahudi
> • Oracle - Larry Ellison - Yahudi
> • DKNY - Donna Karan - Yahudi
> • Baskin & Robbins - Irv Robbins - Yahudi
> • Dunkin Donuts - Bill Rosenberg - Yahudi
>
> Ahli Politik / Intelek Berpengaruh
> • Henry Kissinger -US Sec of State - Yahudi
> • Richard Levin - President Of Yale University - Yahudi
> • Alan Greenspan - US Federal Reserve - Yahudi
> • Joseph Lieberman - - Yahudi
> • Madeline Albright -US Sec Of State - Yahudi
> • Casper Weinberger - US Sec of Defense - Yahudi
> • Maxim Litvinov - USSR Foreign Minister - Yahudi
> • David Marshal - Singapore Chief Minister - Yahudi
> • Isaacs Isaacs - Gov-gen Australia - Yahudi
> • Benjamin Disraeli - British Stateman - Yahudi
> • Yevgeny Primakov - Russian PM - Yahudi
> • Barry Goldwater - US Politician - Yahudi
> • Jorge Sampaio - Portugal President - Yahudi
> • Herb Gray - Canadian Deputy PM - Yahudi
> • Pierre Mendes - French PM - Yahudi
> • Michael How

Thursday, February 19, 2009

pe ar ak mngarut nih...


hye..kembali kiter di dalam ruang suka suki....ak pon x tau nak citer per sbnarnyer...hahahhaa...sajer jer ak nak memenuhkan blog yg bru ak buat nihh...neway..ak ader dgr citer psal blog ni kiter buat tujuan nak kongsi pngalaman,nak luahkan prasaan kebengangan ketahapan kecipanan..keh33..disebabkan ak yg ngah pnat men futsal smpai nak muntah2(saper soh men pas mkan)..so ak pon ngat nak citer psl kos ak..neway ak amek diploma skrang nih,..so biler sbut psal diploma,suma org ckp yg bdak dip nih cam golongan kedua.Aku x stuju tol klu ader org ckp cmtuh.alasan dier..msti ar sbb ak amek diploma.So motif ak nak ckp nih,jgn la bli kueh bahulu kalau korang ni suka mkan durian..hahahahaa....jumper lagi....tata...titi...tutu...

Fakta ker Autar?Suka suki jer....

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku